Isnin, 28 April 2008
Unit 5
Pelajaran 2
Objektif Pelajaran
1.Murid memberikan pendapat mengenai sikap Amir dengan menggunakan perkataan dan frasa yang betul – 2.4.2 (T2)
2.Murid membaca teks untuk menjawab soalan kefahaman berdasarkan cerita mengenai sikap Amir dengan panduan – 3.2.2 (T2)
Bahan online
ADT
Aktiviti Praaktiviti/Induksi
Galakkan murid berbincang tentang Hari Sukan.
Murid namakan acara yang pernah mereka sertai pada hari tersebut.
Ceritakan pengalaman samada menang atau kalah dalam pertandingan itu dan terangkan perasaan mereka.
Aktiviti Utama
Guru bacakan skrip dan murid ikut baca secara beramai-ramai.
Perdengarkan bacaan teater dari ADT.
Bincangkan tentang cerita itu seperti watak Amir dan perasaannya.
Murid main peran berdasarkan skrip itu.
Guru berbincang tentang nilai kesukanan dan kerjasama.
Murid meramalkan tindakan yang akan diambil sekiranya mereka menjadi Amir.
Aktiviti Lanjutan
Murid membaca skrip semula dan menjawab soalan kefahaman.
Lembaran kerja kefahaman berdasarkan tahap murid.(T1-T3)
Penutup
Murid main peran berlandaskan nilai positif yang telah diterapkan.
Murid mereka satu sorakan secara lisan (3 baris )
Unit 4
Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran, murid dapat:
- menerangkan ciri-ciri keluarga yang sihat dengan menggunakan percatan dan frasa yang betul – 2.3.2 (T2)
- mendengar cerita mengenai keluarga sihat dan menyampaikannya semula – 1.2.1 (T2)
Pra-aktiviti/Induksi
Permainan “Human Chain”.
Guru menerangkan tentang keutuhan keluarga dan cara untuk menjaga setiap anggota keluarga jika mereka jatuh sakit.
Aktiviti Utama
Perbincangan tentang Kad bergambar. Murid-murid berbincang menggunakan kaedah “Think-Pair-Share”.
Murid menggunakan “talking chips” untuk memberi pandangan mereka.
Aktiviti Lanjutan
Membina Album keluarga meggunakan kertas warna.
Menceritakan sedikit tentang setiap ahli keluarga. Murid juga harus menceritakan tentang sakit yang pernah dialami oleh ahli keluarga mereka.
Penutup
Murid menjalani bacaan interaktif dan melakukan latihan kefahaman dalam buku aktiviti.
Khamis, 6 Mac 2008
Unit: 5
Peringkat: Darjah 2
Unit: 5
Pelajaran: 2
Objektif Pelajaran:
Memberikan pendapat mengenai sikap Amir dengan menggunakan perkataan dan frasa yang betul
Membaca teks untuk menjawab soalan kefahaman berdasarkan cerita mengenai sikap Amir dengan panduan
Bahan: MDT ‘Bacaan Teater’
Praaktiviti/Induksi
1. guru akan memberi peraturan
2. murid-murid bermain permainan bola ping pong di hadapan kelas
3. guru memberi ulasan
Aktiviti Utama
1. dengarkan cerita “Bacaan Teater”
2. murid diberi kertas kerja dan harus mengisikan tempat kosong
3. murid mendengar cerita sekali lagi
4. guru menulis jawapan dan menyuruh murid menyemak
Aktiviti Lanjutan
1. murid membaca teks
2. murid dibahagikan kepada kumpulan
3. setiap ahli kumpulan mesti diberi tugas masing-masing
4. setiap kumpulan akan buat persembahan dan menjawab soalan guru mengenai sikap Amir
Penutup
1. Murid berbincang mengenai sikap Amir
2. Guru memberi ulasan mengenai sikap yang baik
Unit: 6
Peringkat: Darjah 2
Unit: 6
Pelajaran: 3
Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1. Mendengar dan mengulang lirik lagu mengenai jiran dengan intonasi yang sesuai
2. Membaca ayat mudah dengan sebutan dan intonasi yang betul
3. Mengenalkan kata arah
Bahan: ADT: Lagu ‘Siapakah Jiran Awak?’
Pra-aktiviti/Induksi
1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang jiran dengan mengajukan soalan seperti:-
Siapa yang duduk di meja sebelah kanan kamu?
Kelas manakah yang bersebelahan dengan kelas ini?
Siapakah yang tinggal di sebelah kiri rumah kamu?
Aktiviti Utama
Mendengar lagu
Membaca lirik
Bernyanyi
Aktiviti Lanjutan
1. Murid akan diberikan lirik lagu yang telah dikosongkan beberapa bahagian tertentu.
2. Murid akan mengisi secara berpasangan dengan nama-nama jiran yang duduk di depan/belakang/kiri/kanan mereka.
Bahan: Lirik lagu yang telah dikosongkan.
Penutup
1. Murid akan menyanyikan lagu versi mereka.
Unit: 4
Unit: 4
Pelajaran: 2
Objektif Pelajaran:
1. Mendengar cerita tentang aktiviti harian dan menyampaikannya semula
2. Membaca lirik lagu ‘Buat apa sayang’ dengan sebutan dan intonasi yang betul
Bahan: ADT - Mendengar lagu ‘Buat Apa Sayang?
Praaktiviti/Induksi
1. murid-murid diberi teka-teki (meneka dari ruang mana boleh didapati barang-barang ini)
2. guru boleh membawa benda-benda maujud seperti sabun, senduk, dvd dll
Aktiviti Utama
1. murid mendengar lagu ‘Buat Apa Sayang?’
2. murid menyampaikan semula apa yang ‘Sayang’ buat dalam lagu itu
Aktiviti Lanjutan
1. murid disoal aktiviti yang dilakukan di tempat-tempat tersebut seperti mandi, masak, belajar, menonton televisyen dll
2. Tahap1: murid memberikan contoh lebih banyak barang-barang yang terdapat di ruang rumah
3. Tahap 2: murid menyatakan apa yang mereka buat di ruang-ruang yang tertentu
4. Tahap 3: murid menyatakan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian apabila melakukan aktiviti di ruang-ruang tertentu
Penutup
1. Murid diberi lembaran kerja berdasarkan tahap masing-masing
· Tahap 1: murid memadankan gambar barang dan tempat
· Tahap 2: melengkapkan tempat kosong
· Tahap 3: murid menandakan ayat yang menyatakan perlakuan yang betul di sesebuah ruang di dalam rumah
Unit: 6
Peringkat: Darjah 2
Unit: 6
Pelajaran: 3
Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran, murid dapat:
Mendengar dan mengulang lirik lagu mengenai jiran dengan intonasi yang sesuai
Membaca ayat mudah dengan sebutan dan intonasi yang
betul
Bahan: ADT - Mendengar lagu ‘Siapakah Jiran Awak’
Praaktiviti/Induksi
Mencungkil pengetahuan sedia ada tentang jiran murid.
Soalan rangsangan:
· Siapakah jiran-jiran kamu?
· Sederet
· Sebelah
· Di tingkat / aras
· Apakah yang biasa kamu lakukan bersama jiran ?
Aktiviti Utama
1. Mendengarkan lagu ‘Siapakah Jiran Awak?’
2. Sebutkan perkataan yang murid dengar daripada lirik lagu itu.
3. Membacakan lirik lagu yang tercatat di dalam PowerPoint yang guru telah sediakan
Kosa kata:
· baik
· peramah
· marah-marah
· pemurah
Aktiviti Lanjutan
Kemahiran menulis:
1. Melengkapkan lirik lagu mengikut lagu asal.(T1)
2. Melengkapkan lirik lagu yang diubah perkataan-perkataannya ( perkataan diberi)(T2)
3. Menulis refleksi kamu terdapat jiran kamu.(T3)
Contoh(T2):
Siapakah jiran anda
Cuba ceritakan
Jiran saya Cikgu Aliman
Jiran tingkat sembilan
Dia rajin dan kelalar
Tidak marah-marah
Saya suka Cikgu Aliman
Jiran yang beriman
Penutup
Murid membacakan refleksi di hadapan kelas.
Unit: 6
Peringkat: Darjah 2
Unit: 6
Pelajaran: 3
Objektif Pelajaran:
1. Mendengar dan mengulang lirik lagu mengenai jiran dengan intonasi yang sesuai-1.2.2(T2)
2. Membaca ayat mudah dengan sebutan dan intonasi yang betul
Bahan online: ADT - Mendengar lagu ‘Siapakah Jiran Awak’
Pra-aktiviti/Induksi
Murid-murid akan melihat kad bergambar mengenai jiran tetangga.
Kemahiran Bertutur:
Tahap 1: Adakah kamu mengenali jiran kamu?
Tahap 2: Pernahkah kamu mengunjungi jiran kamu?
Tahap 3: Mengapa kita perlu mempunyai hubungan yang baik dengan jiran?
Aktiviti Utama
Guru akan menayangkan lirik lagu. Murid-murid akan membaca lirik lagu bersama guru.
Murid-murid akan mendengar lagu dan menyanyi bersama-sama.
Kemahiran Membaca & Mendengar:
Tahap 1: Murid membaca bersama murid dari tahap 3.
Tahap 2: Murid membaca secara kendiri
Tahap 3: Murid membaca bersama murid dari tahap 1. (buddy reading)
Aktiviti Lanjutan
Murid akan menyanyi lagu mengikut tahap masing-masing.
Kemahiran Bertutur ,Menulis dan Mendengar
Tahap 1: Menyanyi secara kumpulan mengikut lirik yang telah disediakan
Tahap 2: Menyanyi secara kumpulan mengikut irama yang berlainan dan menggunakan lirik yang sama
Tahap 3: Mengarang lagu Jiran yang baru dan menyanyi bersama mengikut lagu”Siapakah Jiran Awak?”
Penutup : Latihan Lembaran Kerja
Murid menulis kata adjektif yang sesuai mengenai jiran mereka.
Murid diberikan gambar mengenai Jiran.
Kemahiran Menulis:
Tahap 1: Pilih perkataan adjektif daripada senarai yang diberikan
Tahap2: Isikan tempat kosong dengan perkataan adjektif yang sesuai
Tahap 3: Bina ayat mengenai jiran mereka berdasarkan gambar tersebut.
Unit:4 (Sihatnya keluargaku)
Peringkat: Darjah 2
Unit:4 (Sihatnya keluargaku)
Pelajaran: 2
Objektif Pelajaran:
mendengar cerita tentang aktiviti harian dan menyampaikannya semula – 1.1.2(T2)
membaca lirik lagu ‘Buat Apa Sayang?’ dengan sebutan dan intonasi yang betul – 3.1.2(T2)
Bahan online:
ADT – Lagu ‘Buat Apa Sayang’
Panduan Guru daripada MDT
Pra-aktiviti/Induksi
1. Guru mengajukan soalan kepada murid:
T1 - Apakah perkara-perkara yang kamu lakukan semasa mandi?
T2 - Apakah perkara-perkara lain yang boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan diri?
T3 – Mengapakah kita harus menjaga kebersihan diri?
Aktiviti Utama
1. Murid melihat gambar tentang aktiviti harian.
2. Guru mengundang seorg murid dari tahap 3 menceritakan tentang gambar tersebut.
3. Guru mengundang 3 org murid dari ketiga-tiga tahap yg berlainan untuk menceritakan semula tentang aktiviti harian yg telah didengar.
4. Guru akan membaca lirik lagu bersama murid dengan sebutan yang betul.
5. Guru akan memainkan lagu ‘Buat Apa Sayang?’
6. Murid akan menyanyikan lagu itu dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Bahan:
1. Gambar aktiviti harian
2. Bahan ADT – ‘Buat Apa Sayang?’
Aktiviti Lanjutan
1. Guru memberikan lirik lagu yang mempunyai beberapa perkataan yang telah dikosongkan.
T1 – guru kosongkan 3 pktn mudah dan berikan huruf pertama bagi pktn tersebut. Cth: gigi, cuci
T2 – guru kosongkan 5 pktn.
T3 – guru kosongkan 3 frasa.
2. Guru memainkan lagu sekali lagi.
3. Murid akan mengisikan tempat kosong dengan perkataan yg betul.
Bahan: Lirik lagu boleh dimuat turun dari panduan guru dari MDT.
Penutup
1. Guru merumus dengan menyuruh murid menyatakan perkara-perkara yg perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan serta kepentingannya.
2. Guru memberi penekanan tentang perlunya menjaga kebersihan diri.
3. Murid menyanyikan sekali lagi lagu dan menggayakan aksinya.
Bahan: Gambar aktiviti harian.
Selasa, 26 Februari 2008
Unit 6: Mengenali Jiran
Peringkat: Darjah 2
Unit: 6 Mengenali Jiran
Pelajaran: 3
Objektif Pelajaran:
1. Mendengar dan mengulang lirik lagu mengenai jiran dengan intonasi yang sesuai 1.2.2 (T2)
2. membaca ayat mudah dengan sebutan dan intonasi yang betul 3.1.1 (T2)
Bahan online: ADT
Langkah: Praaktiviti/Induksi
1. Guru memberi murid silang kata mengenai ciri-ciri seorang jiran yang baik
2. Murid membuatnya secara berkumpulan
3. Semak jawapan bersama
Bahan: Lembaran silang kata
Langkah: Aktiviti Utama
1. Murid dapat menerangkan kepentingan berjiran
2. Murid dapat mengenalpasti ciri-ciri jiran yang baik
3. Murid membaca lirik lagu bersama guru
4. Murid menyanyikan lagu bersama audio
Lirik lagu:
Siapakah Jiran Awak?
Siapakah jiran awak
cuba nyatakan
jiran saya Puan Salimah
jiran sebelah rumah
dia baik dan peramah
tidak marah-marah
Saya suka Puan Salimah
jiran yang pemurah
Siapakah jiran awak
cuba nyatakan
jiran saya Puan Salimah
jiran sebelah rumah
Langkah: Aktiviti Lanjutan
1. Murid mengarang lirik lagu mengenai jiran mereka.
2. Murid menyampaikan nyanyian dalam kumpulan.
3. Murid menggunakan senarai semak untuk menilai pencapaian rakan sedarjah.
Siapakah Jiran Awak?
Siapakah jiran awak
cuba nyatakan
jiran saya Tuan / Puan __________
jiran __________ rumah
dia _______ dan _______
tidak _______
Saya suka Tuan / Puan __________
jiran yang _______
Siapakah jiran awak
cuba nyatakan
jiran saya Tuan / Puan __________
jiran __________ rumah
Langkah: Penutup
1. Setiap murid memilih dan menulis tentang seorang jiran di dalam jurnal
2. Murid dapat menyatakan pilihan mereka melalui lukisan atau tulisan
Bahan: Buku jurnal
Strategi: Multiple Intelligence
Unit 5
Unit: 5
Pelajaran: 2
Objektif Pelajaran:
1. memberikan pendapat mengenai sikap Amir dengan menggunakan perkataan dan frasa yang betul – 2.4.2 (T2)
2. membaca teks untuk menjawab soalan kefahaman berdasarkan cerita mengani sikap Amir dengan panduan – 3.2.2 (T2)
Bahan online: ADT
Langkah: Pra-aktiviti/Induksi
Guru membawa bola ping pong dan menanyakan kepada murid-murid tentang permainan tersebut
Murid berbincang mengenai cara-cara memainkan permainan tersebut dengan betul
Murid-murid boleh meramalkan cara-cara bermain permainan tersebut
Langkah: Aktiviti Utama
Mendengar Bacaan ’Bacaan Teater’
Murid mendengar cerita dengan teliti
Murid menjawab soalan-soalan rangsangan yang terdapat dalam audio tersebut
Murid membaca skrip yang diedarkan secara senyap
Murid dibahagikan kepada kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ( Amir, guru, pengawas dan narator)
Murid membaca dialog dalam kumpulan
Kumpulan akan melakonkan cerita
Murid menjawab soalan guru:
Soalan-soalan:
1. Apakah yang akan berlaku kepada Amir?
2. Adakah Amir menunjukkan sikap yang baik?
Soalan Saranan
1. Nyatakan watak-watak yang terdapat dalam cerita yang dibaca.
2. Di manakah peristiwa ini berlaku?
3. Apakah yang dilakukan oleh Amir
4. Apakah tindakan yang diambil oleh guru terhadap Amir?
Langkah: Aktiviti Lanjutan
Sebagai aktiviti lanjutan, guru akan memberi teks kefahaman dan murid
menjawap solan kefahaman sebagai latihan bertulis.
Langkah: Penutup
Renungan secara bertutur
Soalan-soalan:
1. Apakah sikap baik dan buruk yang telah dipelajari dalam cerita tersebut?
Isnin, 25 Februari 2008
Unit 4: Sihatnya Keluargaku
Unit: 4
Pelajaran: 1
Objektif Pelajaran:
1. Menerangkan ciri-ciri keluarga yang sihat dengan menggunakan perkataan dan frasa yang betul.
2. Mendengar cerita mengenai keluarga sihat dan menyampaikannya semula.
Bahan online:
1. BDDT
2. PowerPoint ‘Keluarga Sihat’
Langkah: Pra-aktiviti/Induksi
1. Guru mengajak murid-murid melakukan senaman aerobik dengan iringan muzik rancak.
2. Setelah itu, guru mengajak murid membincangkan tentang kepentingan bersenam.
Bahan:
1. Pemain CD
2. Cakera padat (lagu yang bersesuaian)
Langkah: Aktiviti Utama
1. Guru menunjukkan beberapa gambar. Murid menggunakan perkataan/frasa yang sesuai untuk menerangkan tentang gambar-gambar tersebut.
Bahan:
1. Bahan BDDT
Langkah: Aktiviti Lanjutan
1. Guru menayangkan dan menyampaikan cerita bergambar melalui titik kuasa. Berdasarkan cerita yang didengar, murid harus menjawab soalan-soalan yang diberikan di dalam lembaran kerja.
Bahan:
1. PowerPoint ‘Keluarga Sihat’
2. Lembaran Kerja (Kefahaman Mendengar)
Langkah: Penutup
Guru membincangkan jawapan murid serta merumuskan isi pelajaran pada hari itu.