Khamis, 6 Mac 2008

Unit:4 (Sihatnya keluargaku)

Oleh Cikgu Khadijah & Cikgu Rosminah

Peringkat: Darjah 2

Unit:4 (Sihatnya keluargaku)

Pelajaran: 2

Objektif Pelajaran:

mendengar cerita tentang aktiviti harian dan menyampaikannya semula – 1.1.2(T2)

membaca lirik lagu ‘Buat Apa Sayang?’ dengan sebutan dan intonasi yang betul – 3.1.2(T2)

Bahan online:

ADT – Lagu ‘Buat Apa Sayang’

Panduan Guru daripada MDT


Pra-aktiviti/Induksi

1. Guru mengajukan soalan kepada murid:

T1 - Apakah perkara-perkara yang kamu lakukan semasa mandi?

T2 - Apakah perkara-perkara lain yang boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan diri?

T3 – Mengapakah kita harus menjaga kebersihan diri?


Aktiviti Utama

1. Murid melihat gambar tentang aktiviti harian.

2. Guru mengundang seorg murid dari tahap 3 menceritakan tentang gambar tersebut.

3. Guru mengundang 3 org murid dari ketiga-tiga tahap yg berlainan untuk menceritakan semula tentang aktiviti harian yg telah didengar.

4. Guru akan membaca lirik lagu bersama murid dengan sebutan yang betul.

5. Guru akan memainkan lagu ‘Buat Apa Sayang?’

6. Murid akan menyanyikan lagu itu dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Bahan:

1. Gambar aktiviti harian

2. Bahan ADT – ‘Buat Apa Sayang?’


Aktiviti Lanjutan

1. Guru memberikan lirik lagu yang mempunyai beberapa perkataan yang telah dikosongkan.

T1 – guru kosongkan 3 pktn mudah dan berikan huruf pertama bagi pktn tersebut. Cth: gigi, cuci

T2 – guru kosongkan 5 pktn.

T3 – guru kosongkan 3 frasa.

2. Guru memainkan lagu sekali lagi.

3. Murid akan mengisikan tempat kosong dengan perkataan yg betul.

Bahan: Lirik lagu boleh dimuat turun dari panduan guru dari MDT.


Penutup

1. Guru merumus dengan menyuruh murid menyatakan perkara-perkara yg perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan serta kepentingannya.

2. Guru memberi penekanan tentang perlunya menjaga kebersihan diri.

3. Murid menyanyikan sekali lagi lagu dan menggayakan aksinya.

Bahan: Gambar aktiviti harian.

Tiada ulasan: