Peringkat: Darjah 2A
Unit: 4
Pelajaran: 2
Objektif Pelajaran:
1. Mendengar cerita tentang aktiviti harian dan menyampaikannya semula
2. Membaca lirik lagu ‘Buat apa sayang’ dengan sebutan dan intonasi yang betul
Bahan: ADT - Mendengar lagu ‘Buat Apa Sayang?
Praaktiviti/Induksi
1. murid-murid diberi teka-teki (meneka dari ruang mana boleh didapati barang-barang ini)
2. guru boleh membawa benda-benda maujud seperti sabun, senduk, dvd dll
Aktiviti Utama
1. murid mendengar lagu ‘Buat Apa Sayang?’
2. murid menyampaikan semula apa yang ‘Sayang’ buat dalam lagu itu
Aktiviti Lanjutan
1. murid disoal aktiviti yang dilakukan di tempat-tempat tersebut seperti mandi, masak, belajar, menonton televisyen dll
2. Tahap1: murid memberikan contoh lebih banyak barang-barang yang terdapat di ruang rumah
3. Tahap 2: murid menyatakan apa yang mereka buat di ruang-ruang yang tertentu
4. Tahap 3: murid menyatakan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian apabila melakukan aktiviti di ruang-ruang tertentu
Penutup
1. Murid diberi lembaran kerja berdasarkan tahap masing-masing
· Tahap 1: murid memadankan gambar barang dan tempat
· Tahap 2: melengkapkan tempat kosong
· Tahap 3: murid menandakan ayat yang menyatakan perlakuan yang betul di sesebuah ruang di dalam rumah
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan