Unit 5
Pelajaran 2
Objektif Pelajaran
1.Murid memberikan pendapat mengenai sikap Amir dengan menggunakan perkataan dan frasa yang betul – 2.4.2 (T2)
2.Murid membaca teks untuk menjawab soalan kefahaman berdasarkan cerita mengenai sikap Amir dengan panduan – 3.2.2 (T2)
Bahan online
ADT
Aktiviti Praaktiviti/Induksi
Galakkan murid berbincang tentang Hari Sukan.
Murid namakan acara yang pernah mereka sertai pada hari tersebut.
Ceritakan pengalaman samada menang atau kalah dalam pertandingan itu dan terangkan perasaan mereka.
Aktiviti Utama
Guru bacakan skrip dan murid ikut baca secara beramai-ramai.
Perdengarkan bacaan teater dari ADT.
Bincangkan tentang cerita itu seperti watak Amir dan perasaannya.
Murid main peran berdasarkan skrip itu.
Guru berbincang tentang nilai kesukanan dan kerjasama.
Murid meramalkan tindakan yang akan diambil sekiranya mereka menjadi Amir.
Aktiviti Lanjutan
Murid membaca skrip semula dan menjawab soalan kefahaman.
Lembaran kerja kefahaman berdasarkan tahap murid.(T1-T3)
Penutup
Murid main peran berlandaskan nilai positif yang telah diterapkan.
Murid mereka satu sorakan secara lisan (3 baris )
Isnin, 28 April 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan