Oleh Cikgu Rabeah & Cikgu Alisa
Peringkat: Darjah 2
Unit: 6
Pelajaran: 3
Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1. Mendengar dan mengulang lirik lagu mengenai jiran dengan intonasi yang sesuai
2. Membaca ayat mudah dengan sebutan dan intonasi yang betul
3. Mengenalkan kata arah
Bahan: ADT: Lagu ‘Siapakah Jiran Awak?’
Pra-aktiviti/Induksi
1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang jiran dengan mengajukan soalan seperti:-
Siapa yang duduk di meja sebelah kanan kamu?
Kelas manakah yang bersebelahan dengan kelas ini?
Siapakah yang tinggal di sebelah kiri rumah kamu?
Aktiviti Utama
Mendengar lagu
Membaca lirik
Bernyanyi
Aktiviti Lanjutan
1. Murid akan diberikan lirik lagu yang telah dikosongkan beberapa bahagian tertentu.
2. Murid akan mengisi secara berpasangan dengan nama-nama jiran yang duduk di depan/belakang/kiri/kanan mereka.
Bahan: Lirik lagu yang telah dikosongkan.
Penutup
1. Murid akan menyanyikan lagu versi mereka.
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan