Peringkat: Darjah 2A
Unit: 4
Pelajaran: 1
Objektif Pelajaran:
1. Menerangkan ciri-ciri keluarga yang sihat dengan menggunakan perkataan dan frasa yang betul.
2. Mendengar cerita mengenai keluarga sihat dan menyampaikannya semula.
Bahan online:
1. BDDT
2. PowerPoint ‘Keluarga Sihat’
Langkah: Pra-aktiviti/Induksi
1. Guru mengajak murid-murid melakukan senaman aerobik dengan iringan muzik rancak.
2. Setelah itu, guru mengajak murid membincangkan tentang kepentingan bersenam.
Bahan:
1. Pemain CD
2. Cakera padat (lagu yang bersesuaian)
Langkah: Aktiviti Utama
1. Guru menunjukkan beberapa gambar. Murid menggunakan perkataan/frasa yang sesuai untuk menerangkan tentang gambar-gambar tersebut.
Bahan:
1. Bahan BDDT
Langkah: Aktiviti Lanjutan
1. Guru menayangkan dan menyampaikan cerita bergambar melalui titik kuasa. Berdasarkan cerita yang didengar, murid harus menjawab soalan-soalan yang diberikan di dalam lembaran kerja.
Bahan:
1. PowerPoint ‘Keluarga Sihat’
2. Lembaran Kerja (Kefahaman Mendengar)
Langkah: Penutup
Guru membincangkan jawapan murid serta merumuskan isi pelajaran pada hari itu.
Isnin, 25 Februari 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan